Bahan-bahan Yang Berkaitan
Bagi topik ini, saya akan berkongsi maklumat yang lebih luas mengenai aktiviti kitar semula. Tahukah anda, kilang-kilang industri juga menghasilkan sisa-sisa yang boleh di kitar semula? Jom baca entry saya yang seterusnya :) JENIS SISA PEPEJAL TERKAWAL Sisa industri adalah merupakan antara penyumbang terbesar kepada janaan sisa pepejal negara dan berdasarkan kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), “sisa pepejal perindustrian” telah ditakrifkan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian Sisa pepejal industri boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu sisa industri produksi (sisa yang terhasil daripada proses pembuatan produk dari kilang/industri) dan sisa industri bukan produksi (sisa yang terhasil daripada aktiviti pentadbiran atau pengurusan di pejabat, kantin, kawasan persekitaran kilang dan sebagainya di dalam kawasan kilang/industri). Definisi tersebut tidak melibatkan sisa berjadual seperti