Bahan-bahan Yang Berkaitan

Bagi topik ini, saya akan berkongsi maklumat yang lebih luas mengenai aktiviti kitar semula. Tahukah anda, kilang-kilang industri juga menghasilkan sisa-sisa yang boleh di kitar semula? Jom baca entry saya yang seterusnya :)





JENIS SISA PEPEJAL TERKAWAL

Sisa industri adalah merupakan antara penyumbang terbesar kepada janaan sisa pepejal negara dan berdasarkan kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), “sisa pepejal perindustrian” telah ditakrifkan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian 

Sisa pepejal industri boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu sisa industri produksi (sisa yang terhasil daripada proses pembuatan produk dari kilang/industri) dan sisa industri bukan produksi (sisa yang terhasil daripada aktiviti pentadbiran atau pengurusan di pejabat, kantin, kawasan persekitaran kilang dan sebagainya di dalam kawasan kilang/industri). Definisi tersebut tidak melibatkan sisa berjadual seperti yang dinyatakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127), kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).







Antara sisa industri yang boleh dikitar semula. Walaubagaimanapun, sisa dari industri perlu diasingkan daripada sisa-sisa domestik.








Pengurusan sisa pepejal industri lebih tersusun dan effektif.







Biasanya, sisa industri akan disimpan di stor dan direkodkan sebelum dihantar ke pusat kitar semula.







Sisa indsutri seperti ini juga boleh dikitar semula, tetapi melalui proses yang lebih panjang.









Label pada sisa industri amat penting. Walaupun boleh dikitar semula, terdapat sisa industri yang sangat bahaya jika tidak diurus dengan betul





JOM SAKSIKAN VIDEO MENARIK MENGENAI SCHEDULE WASTE DI MALAYSIA






Pelancaran eSWIS-Electronic Scheduled Waste Information System








Kitar semula sisa perindustrian untuk produk baru







Tahukah anda, sisa sawit juga boleh dikitar semula?




Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kitar Semula

Bahan-bahan Kitar Semula

Pertandingan Kitar Semula